BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Soalan

Bolehkah sistem ini dipasang lebih dari 1 pc dan adakah mempunyai tarikh luput?
Jawapannya, ya, boleh dipasang lebih dari 1 pc dan tidak mempunyai tarikh luput.

Bolehkah sekolah lain meminjam aplikasi ini daripada sekolah yang telah membelinya.
Jawapannya, tidak. Kalau sekolah lain menggunakan, dan ada percubaan mengusik nama sekolah sistem akan menghapuskan seluruh operasi database yang terdapat dalam pc atau laptop tersebut.

Bolehkah maklumat dalam sistem ini dihantar ke SMM ( Sistem Maklumat Murid)
Jawapannya tidak, sebab SMM mempunyai kod jawatan yang tersendiri dan tidak mahu SPAKS dipertanggungjawab jika berlaku kegagalan operasi atau data di SMM.

Bolehkah sistem ini copy atau import nama pelajar dari Ms Excell.
Jawapan: Tidak, sebab SPAKS telah diprogram untuk sedut maklumat yang hanya terdapat dalam SMM sahaja.

Bolehkah maklumat pemarkahan SPAKS dibawa dari tahun ke tahun?
Ya. Boleh. SPAKS akan simpan dan gabung maklumat dari tahun ke tahun.

Bagaimana kalau berlaku serangan virus?
Senang, setiap kali selepas mengisi data ( tamat operasi ) simpan fail ke 'Thumbdrive'. Jika operasi sistem terganggu kerana serangan virus, pc hilang ataupun rosak, pihak sekolah cuma perlu install semula sistem dan ambil data dari 'thimbdrive' dan paste ke folder asal.

Bolehkah nama-nama persatuan, unit beruniform, sukan yang tidak terdapat dalam SMM dan SPAKS ditambah?
Ya, boleh. Boleh ditambah ikut nama unit yang terdapat di sekolah

Bolehkah nama-nama jawatan dan markah diedit mengikut kesesuaian sekolah ?
Ya, boleh.

Bolehkah sistem ni dibuat networking?
Ya, boleh. Pasang sistem ini diserver , buat share folder

Dalam SMM ada banyak maklumat yang tidak betul, sebagai contoh no kad pengenalan. Bolehkah dibetulkan dalam SPAKS dan adakah akan menjejaskan data?
Boleh dibetulkan di SPAKS dan tidak menjejaskan data sedia ada.

Jika selepas data disedut(import ) dari SMM, adakah selepas ini jika ada penambahan rekod pelajar perlu bergantung kepada SMM ?
Tidak perlu lagi. Cuma isi TAMBAH REKOD dalam SPAKS sahaja.

Bolehkah sistem ini memproses kenaikan kelas secara automatik dan apa akan terjadi jika pelajar bertukar kelas?
Ya, boleh. Selepas jalankan proses kenaikan kelas, cuma perlu dapatkan fail HEM (SMMDATA) terkini, copy dan paste ke folder Koku, jalankan proses import, dan maklumat akan diselaras mengikut SMM. Pastikan maklumat dalam SMM adalah betul dan tepat, kerana ada kes guru mengambil fail HEM yang tidak ada sebarang maklumat dan ada yang mempunyai separuh saja maklumat pelajar.
Adakah SPAKS mempunyai khidmat selepas jualan?

Ya, sebarang soalan tentang penggunaan boleh diajukan samada melalui telefon, email dan juga kepada blog saya. Dalam blog juga ada terdapat panduan penggunaan. Jika ada perubahan, saya akan memberikan aplikasi secara percuma

Jika cd pemasangan hilang ataupun rosak?

Telefon saya, berikan nama sekolah dan email ( yahoo), saya akan hantar aplikasi melalui email.