BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Terbaru- Aplikasi Sistem Pengiraan Rumah Kehidupan


Sistem pengiraan ini digunakan oleh sekolah - sekolah elit di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aplikasi ini mempunyai 4 bahagian iaitu Akademik, Kokurikulum, Sahsiah serta Kebersihan,Keceriaan, Keselamatan ( 3K).


Setiap bahagian mempunyai nilai markah bagi setiap pencapaian yang di perolehi. Semua nilai bagi markah yang diperolehi itu telah di programkan untuk memudahkan pengisian maklumat ke dalam sistem. Guru cuma perlu klik pada butang butang yang telah di sediakan, seterusnya markah bagi setiap bahagian akan di campur menjadi 1 jumlah besar. Setiap pelajar akan mempunyai rumah kehidupan.  Lebih tinggi markah yang yang diperolehi, markah untuk rumah kehidupan yang disertai pelajar akan lebih tinggi.




 Laporan Individu








Laporan Mengikut Turutan Tertinggi






 
Sistem ini di jual secara pos berharga RM600. Panduan pemasangan, panduan penggunaan serta sistem diberikan kepada pihak sekolah. Untuk peasangan serta latihan di sekolah harga di tentukan mengikut lokasi.

Sekapur Sirih





Assalamualaikum serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah .


Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah (SPAKS ) ini mula dibangunkan pada tahun 2006. Sistem ini bertujuan untuk merekod semua aktiviti dan data - data kokurikulum meliputi rumah sukan, rekod guru, penyertaan, sumbangan pencapaian serta pengiraan markah kokurikulum berdasarkan format pengiraan yang ditetapkan oleh KPM.

Saya telah membimbing guru - guru tentang teknik penggunaan SPAKS samada melalui telefon, email dan juga lawatan serta kursus yang diadakan di sekolah - sekolah.

SPAKS juga digunakan di beberapa buah sekolah bestari di Perak,Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Akhir kata mengucapkan berbanyak terima kasih kepada cikgu- cikgu serta pentadbir sistem data kerana berkeyakinan untuk menggunakan sistem ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan dan selamat melihat paparan seterusnya.


Salam ikhlas dari saya.
ZULKIFLI ABU BAKAR
019 5606066 / 0134910010

Pengguna Terkini SPAKS










DUA BUAH SEKOLAH RENDAH  BERPRESTASI TINGGI YANG MENGGUNAKAN SPAKS

1. SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra, Kedah
2. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Antara penguna terkini SPAKS

1.  Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan (Sekolah Berprestasi Tinggi)
2.  SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur
3.  SMK Taman Desa, Kuala Lumpur
4.  Permas Jaya 2, Masai, Johor.
5.  SMK Ulu Sugut ( Malinsau ) , Ranau Sabah
6.  SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur
7.  SMK Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
8.  SMK Seri Patiambun Limbang, Sarawak
9.  SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor
10. SMK Bukit Indah, Ampang, Selangor
11. SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor
12. SMK Taman Ehsan, Kepong, Selangor
13. SMK Likas, Kota Kinabalu, Sabah
14. SMK Seri Kundang, Rawang, Selangor
15. SMK Convent Muar, Muar, Johor.
16. SMK Simpang, Taiping, Perak
17. SMK Seri Bintang Selatan, Cheras, Selangor.
18. SMK Agama Sik, Kedah (Sekolah Bestari )
19. SM Sains Raja Tun Azlan Shah ( Sekolah Kluster,Sekolah Bestari,Sekolah Berprestasi Tinggi )
20. SM Agama Setiu, Terengganu.
21. SMK Jelapang Jaya, Ipoh, Perak
22. SMK Tenang Stesyen, Segamat, Johor
23. SMK Narinang, Kota Belud, Sabah
24. SMK Jerangau, Bukit Besi, Terengganu
25. SMK Limbang, Limbang, Sarawak.
26. SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
27. SMK Dato' Hj Hassan Yunos, Renggam, Johor
28. SMK Pangkor, Pasir Bogak, Perak
29. SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Selangor.
30. SMK Indahpura 1, Kulai, Johor.
31. SMK Tengku Indra Petra 2, Gua Musang, Kelantan
32. SMK Triang, Pahang.
33. SMK Banang Jaya, Batu Pahat, Johor
34. SMK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah
35. SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru. Johor.
36. SMK Klian Pauh, Taiping, Perak.
37. SK.Pekan Telipok, Tuaran, Sabah.
38. SMK Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
39.SK Sultan Ahmad Tajudin,Jitra, Kedah. ( Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi )
40.SK Pasir Putih, Tawau, Sabah
41.SMK Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan.
42.SMK Oya,Muluk, Kuching, Sarawak. 
43.SK Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur ( Sekolah Berprestasi Tinggi )
44.SMA Yayasan Khairiah, Baling, Kedah
45.SMK Convent (M) Alor Setar, Kedah. 
46.SK Tun Dr Ismail, Sabak Bernam, Selangor. ( 167 orang murid ) 
47.SK Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur. 
48.SMK Wakaf Bharu, Kelantan.
49.SMK Taman Damansara Aliff,Johor Bharu,Johor.

50.SK Indersabah, Tawau, Sabah 
51.SK Batu 4 Jalan Apas, Tawau, Sabah. 
52.SMK Agaseh,Lahad Datu, Sabah. 
53.SK Taman Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
54.SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu, Johor.
55.SK LKPT Jengka 21, Bandar Indera Mahkota, Pahang. 
56.SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching, Sarawak. 
57.SM Agama Maahad Muhammadi, Pasir Mas, Kelantan
58 SR Agama Al Ridzwaniah, Bagan Serai, Perak.
59.SM Parit Panjang, Baling, Kedah.
60.SK Tembak, Jalan Parit Panjang - Kuala Ketil, Kedah. 
61.SK Presint 9(1) Putrajaya.
62.SMK Presint 9 (1) Putrajaya.

Tahniah

TAHNIAH kepada barisan kepimpinan dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajudin, Jitra,Kedah atas pencapaian cemerlang pada tahun 2013. Sekolah ini mendapat anugerah 
SEKOLAH CEMERLANG UPSR NEGERI KEDAH 2013
SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM NEGERI KEDAH 2013
Telah menggunakan SPAKS sejak 2011


Memasang SPAKS dan SISTEM MERIT DIMERIT di SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, TAIPING,PERAK

Pada 06 Oktober 2011 saya telah memasang dan memberi penerangan tentang cara - cara penggunaan SPAKS di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Perak. Saya juga memasang Sistem Pengurusan Merit Dimerit. Sekolah ini adalah Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan juga Sekolah Berprestasi Tinggi.

Penerangan di Kementerian Pelajaran Malaysia



Memberi penerangan berkenaan SPAKS kepada Pegawai - pegawai kanan dari semua bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010.

Memberi tunjuk ajar cara penggunaan SPAKS di SMK ULU KINTA, PERAK

Memberikan tunjuk ajar kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan guru - guru dari SMK Ulu Kinta, Perak, tentang cara - cara mengendalikan data SPAKS. Guru di ajar teknik mencari ralat kesalahan,import data dan naik taraf sistem.

Ceramah dan Latihan Penggunaan Sistem di SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur




Memberi kursus cara - cara penggunaan SPAKS kepada guru - guru dari SMK Seksyen 5 Wangsa Maju pada 01 Oktober 2011

Kursus di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur










Pada Khamis 23 Jun 2011 saya telah memberikan latihan kepada guru - guru dari SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur tentang cara-cara dan teknik penggunaan SPAKS. Semua berpuas hati dengan penerangan yang telah saya berikan. Terima kasih kepada Penolong Kanan Koku SMK Taman Setiawangsa dan juga kepada guru - guru terlibat yang memberikan sokongan.

Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SU Koku dari SMK Padang Tembak yang telah datang berjumpa di Vistana Hotel berkenaan aplikasi SPAKS. Juga kepada SU Koku dari SMK Taman Setia, Kuala Lumpur dan juga En Ravi, Penolong Kanan Koku dari SMK Tuanku Abdul Rahman, Rawang Selangor yang telah datang ke Vistana Hotel untuk mempelajari aplikasi SPAKS.

Sebelah petang saya berkesempatan ke SMK Kepong Baru untuk pemasangan SPAKS.

Kursus dan Latihan di SMK Bukit Indah, Ampang










Kursus penggunaan SPAKS kepada guru - guru SMK Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor pada 19 Sept 2011

Galeri foto - foto kursus



Gambar sebelah kanan di atas, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jabi, Pokok Sena,Kedah iaitu En Wan Hasbullah .Bersama beliau ialah SU Kokurikulum Sekolah, En Zulkiflee Shariff ( yang memakai uniform pengakap ). SMK Jabi telah menggunakan SPAKS sejak dari tahun 2009 dan sentiasa mendapat tunjuk ajar serta bimbingan dari saya.









Semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar di SMK Ulu Kinta, Perak,18 Nov 2010











Semasa memberi kursus penggunaan SPAKS di SMK Dato'Kamaruddin, Batu Kurau Perak,18 Nov 2010.












Bersama Penolong Kanan Kokurikulum serta guru - guru dari SMK Bagan Terap pada 03 Nov 2011.



Bersama guru - guru dari SMKA Simpang Lima, Sg Besar Selangor pada 03 Nov 2010




Bersama Penolong Kanan Kokurikulum serta guru - guru dari SMK Sungai Besar, Selangor, pada 03 Nov 2010

















Memberi kursus kepada guru - guru SMK Alor Janggus pada 31 Okt 2010. Gambar sebelah, PK Kokurikulum bersama Guru ICT sekolah.












Kursus kepada guru - guru SMK Putrajaya Presint 9 (1) pada 25 Oktober 2010 tentang teknik pengisian markah kokurikulum menggunakan SPAKS.















Penerangan dan tunjuk ajar mengenai Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah (SPAKS) kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan guru -guru dari SMK Taman Tun Dr Ismail, SMK Taman Melati dan SMK Danau Kota, di bilik mesyuarat SMK Danau Kota, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2010.

Taklimat SPAKS di PPD Kuala Selangor




Pada 20 Ogos 2009 telah diadakan penerangan berkenaan SPAKS ( Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah ) kepada semua Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Kuala Selangor, bertempat di SMK Puncak Alam. Majlis pemuafakatan Penolong Kanan Daerah Kuala Selangor telah menjemput saya untuk memberikan penerangan berkenaan SPAKS. Turut hadir ialah pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor. Terima kasih kepada cikgu Halim bin Omar yang telah berusaha mempromosi sistem ini kepada sekolah-sekolah daerah Kuala Selangor.

Surat Kebenaran Timbalan Menteri Pelajaran




Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Haji Mohd. Puad b. Zarkashi telah memberikan kebenaran kepada wakil saya, En Anuar bin Ahmad untuk berurusan dengan pihak sekolah. Gambar diatas adalah surat kebenaran daripada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia kepada beliau.

Latihan Kepada Pegawai - Pegawai Agama PPD Seluruh Negeri Kedah



Memberi kursus kepada semua pegawai J-Qaf Negeri Kedah yang mewakili setiap PPD berkenaan teknik - teknik pengendalian data.

SISTEM KEHADIRAN KOKU BERKOMPUTER




SPAKS Versi Advance juga menyediakan kemudahan untuk mencetak kad kokurikulum pelajar. Apabila pelajar datang untuk menghadiri aktiviti kokurikulum, mereka hanya perlu meletakkan kad tersebut dibawah mesin pengimbas kodbar. Terdapat 4 jenis laporan yang dijana secara automatik. Dengan sedikit peruntukan kewangan, pihak sekolah boleh membeli mesin pengimbas barkod.

LATIHAN PENGGUNAAN SPAKS


LATIHAN PENGGUNAAN SPAKS DI SMK PUCHONG DAN SMK PUTRAJAYA PRESINT8 (1) PADA 26 NOV 2008

Taklimat SPAKS di PPD Barat Daya Pulau Pinang

Membuat presentation di Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya Pulau Pinang pada 28 Oktober 2008 kepada 38 orang penolong kanan kokurikulum daripada daerah tersebut.

Latihan dan Pemasangan Sistem



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru penolong kanan kokurikulum yang telah datang ke SMK Tun Hussein Onn,Seberang Jaya pada 22 hb Okt 2008 untuk memasang sistem pengurusan aktiviti kokurikulum yang telah ditempah. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Ghazali yang telah mengumpulkan semua guru penolong kanan untuk hadir ke SMK Tun Hussein Onn.
Antara penolong kanan kokurikulum sekolah yang hadir pada hari ini ialah dari SMK Batu Kawan,SMK Mengkuang,SMK Convent Bukit Mertajam, SMK Seri Balik Pulau,SMK Guar Perahu,SMK Jawi, SMK Paya Keladi, SMK Permatang Pasir,SMK St.Mark dan SMK Telok Air Tawar.