BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sekapur Sirih





Assalamualaikum serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah .


Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah (SPAKS ) ini mula dibangunkan pada tahun 2006. Sistem ini bertujuan untuk merekod semua aktiviti dan data - data kokurikulum meliputi rumah sukan, rekod guru, penyertaan, sumbangan pencapaian serta pengiraan markah kokurikulum berdasarkan format pengiraan yang ditetapkan oleh KPM.

Saya telah membimbing guru - guru tentang teknik penggunaan SPAKS samada melalui telefon, email dan juga lawatan serta kursus yang diadakan di sekolah - sekolah.

SPAKS juga digunakan di beberapa buah sekolah bestari di Perak,Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Akhir kata mengucapkan berbanyak terima kasih kepada cikgu- cikgu serta pentadbir sistem data kerana berkeyakinan untuk menggunakan sistem ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan dan selamat melihat paparan seterusnya.


Salam ikhlas dari saya.
ZULKIFLI ABU BAKAR
019 5606066 / 0134910010